Showing posts with label iNfoRmaTioN. Show all posts
Showing posts with label iNfoRmaTioN. Show all posts

renungan bersama...


sekadar berkongsi kepada semua blogger.. tiada niat mengaibkan sesiapa pon...

13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”


transformasi..


kalo korg yg slalu view blog keijihayashi mesti perasan akan perubahan yg berlaku.. hehehehehe.. aku telah melakukan transformasi dengan menukar layout baru di blog aku ni... pe pun enjoy la. hahahahahha....


Nasihat Kehidupan



1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.


7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
.
Cintailah isteri atau suami anda 100%


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan b
ahagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.


14.KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....


15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.


16.KETIKA ADA PIL.

Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS


Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran




" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu .........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ...ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.


sekadar renungan bersama~~


Kepada wanita:

“Jadilah wanita umpama bunga dalam Kaca, tidak mudah didekati, hanya mereka yang benar-benar mampu dapat menyentuhnya.”

Kepada yang ingin bercinta:

“Jodoh itu ade 3 jenis:”

“Jodoh yang diilhamkan syaitan, kamu berjumpa dengannya, berpegangan tangan, berhibur dengannya dan kemudian tidur dengannya, dia kemudiannya hamil dan kamu menikahinya”

“Jodoh yang diilhamkan Jin, Kamu mencintanya, tetapi dia tidak mencinta kamu, kamu menyihirkannya dan membomohkan nya untuk berkahwin dengan nya.”

“Jodoh yang diilhamkan Allah, kamu bertentang mata dengannya, lahir perasaan cinta dihati kamu terhadapnya dan lahir perasaan cinta darinya terhadap kamu, kamu meminangnya untuk dijadi permaisuri rumahtangga mu”

Kepada Lelaki:

“Cinta bukan untuk dipermainkan, cinta bukan untuk dipersendakan, cinta yang diperlukan wanita adalah cinta yang iklas datang dari hati. Cinta yang bersedia untuk hidup semati.”

Kepada semua:

“Percintaan adalah permulaan Jodoh”

Kisah Marwa Al-Sharbini


marwa al sharbini

Sedih. Luluh hati ini. Itulah yang dapat drasakan ketika melihat tayangan pemakaman the King of Pop, Michael Jackson yang begitu heboh di tv kita sepanjang hari kelmarin. Beberapa stesen tv juga menayangkan tayangan eksklusif langsung dari AS acara penghormatan terakhir bagi Raja Muzik Pop sampai pagi ! Dan entah berapa juta mata masyarakat Indonesia yang rela menahan mengantuk demi menyaksikan upacara itu.

Saya sedih, bukan kerana kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, kerana pada saat yang sama, berlangsung pemakaman seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah kerana mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu kepada seorang anak yang sedang mengandung tiga bulan, wafat akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak ditemui di tv Indonesia, negara yang majoriti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tidak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa.

marwa al sharbini

Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa ke perkuburan yang terakhir, memang tidak sebanyak orang yang menangisi pemergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi pemergian Marwa adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meskipun dia sanggup kehilangan nyawanya sendiri.

Marwa ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas kasusnya. Beliau mendakwa seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya sebagai“terorris” hanya kerana ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu juga pernah menyerang Marwa dan berusaha melepaskan jilbab Muslimah yang berasal dari Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini pemuda tersebut telah menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, telah terkena tembakan zionis laknatullah itu. Beliau yang berdalih dengan mendakwa tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan yg kritikal.

marwa al sharbini

Peristiwa ini sepi dari pemberita media massa Jerman dan mungkin dari pemberita media massa asing dunia kerana yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita kelmarin cuma dimuatkan dengan berita tentang pemakaman Michael Jackson yang mengjadi haru biru itu. Langsung tidak ada berita tengtang pemakaman syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlawan Jilbab”. Namum langsung tiada tanda2 protes dunia Islam atas kematiannya. Juga tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tidak mengapa Marwa … kerana engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli atau kurang mengetahui tentang perkara ini... ~al-fatihah~

Arapaima Gigas


Arapaima Gigas

KUALA TERENGGANU: Mengenai misteri ikan naga atau Arapaima Gigas di Tasik Kenyir, kerajaan negeri menawarkan ganjaran RM10,000 kepada kaki pancing yang berjaya menangkap ikan berkenaan. Tempoh kebenaran menangkap ikan itu bermula semalam hingga 15 Ogos ini di seluruh tasik kecuali kawasan yang diwartakan sebagai Taman Negara dan Santuari Kelah. Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang mengumumkan ganjaran itu, berkata kaki pancing berminat perlu mendaftar dengan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan penguat kuasa Kenyir Rangers akan memantau usaha menangkap ikan itu. “Walaupun Arapaima Gigas spesies ikan besar, ia tidak menyerang manusia tetapi menjadikan ikan lain dalam tasik sebagai makanan.

“Kita khuatir dengan adanya spesies ikan berasal dari Sungai Amazon itu, ikan lain akan pupus. Kita juga bimbang ikan itu akan membiak di Tasik Kenyir yang sedang kita bangunkan sebagai satu daripada destinasi pelancongan penting di Terengganu,”
Menurutnya, ikan Arapaima Gigas yang berjaya ditangkap hidup-hidup akan di tempatkan di Mini Zoo dan Taman Rekreasi Bukit Takal, Kemaman, sebagai tarikan orang ramai. “Kita tidak tahu berapa jumlah sebenar ikan itu di Tasik Kenyir tetapi kita perlu pastikan tiada ikan pemangsa. Ikan toman juga adalah pemangsa tetapi tidak akan membesar seperti Arapaima Gigas,” katanya.

Katanya, kaedah menangkap ikan naga itu terhad kepada penggunaan joran dan setiap peserta perlu mempunyai permit serta mematuhi semua undang-undang kecil berkaitan dengan aktiviti memancing di Tasik Kenyir. Misteri ikan naga iaitu Arapaima Gigas yang didakwa wujud di tasik berkenaan dan dikatakan boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang selain mencapai berat hingga melebihi 200 kilogram.Ikan itu antara spesies hidupan air yang diharamkan ditangkap dan dipelihara di negara ini.
Pegawai Penyelidik Pusat Penyu dan Ekosistem Marin Terengganu, Abdul Wahab Abdullah dipetik sebagai berkata, ikan itu dikategorikan sebagai karnivor iaitu memakan ikan lain sebagai makanan. Ikan berasal dari Sungai Amazon itu diburu menggunakan lembing penduduk tempatan dan dijadikan hidangan eksotik selain berdepan ancaman kepupusan di habitat asalnya itu berikutan penangkapan tidak terkawal.

SaVe GAZA




ya ALLAH ya tuhanku..
aku bermohon kpadaMU..
selamatkanlah bumi Gaza dr kekejaman rejim ZIONIS laknatullah itu..
KAU kembalikan lah keamanan di bumi GAZA ini..
ya ALLAH yg maha MENDENGAR..
dengarlah rintihan hambaMUyg daif lg hina..
aku tidak sanggup kehilangan saudara2 seagamaku disana..
KAU lindungilah daripada rejim ZIONIS yg tidak berhati perut ini..
sesungguhnya KAU maha mendengar rintihan hambaMU ini...

setiap kali lagu MICHAEL HEART- WE WILL NOT GO DOWN dipasang, hati aku begitu sayu dan pilu mengenangkan nasib2 saudara2 yg seagama dgnku diperlakukan dgn kejam oleh rejim ZIONIS laknatullah yg berhati binatang. apakah salah dan dosa mereka sehingga diperlakukan sedemikian rupa. setiap hari mereka dalam keadaan ketakutan bagi menyelamatkan diri dari diserang. anak2 kecil yg belum mengerti erti kehidupan dibunuh dgn kejam.




Michael Heart- We Will Not Go Down


Align Left
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


GaMbAr MaLaiKat..


Wallahua'alam....... Salam,
Gambar nie diceritakan sendiri oleh jurugambar yang amik gambar nie.
Dia diupah oleh Tabung Haji dan terlibat dalam merakamkan gambar jemaah haji yang menunaikan rukun islam pada disember 2008 (tahun lepas).
Semasa gambar ini diambil, tiada sebarang perubahan cuaca atau kerosakan pada kamera.
Gambar di ambil di mudzalifah semasa jemaah berhenti untuk berehat seketika dan beribadat.
Bila dilihat semula gambar nie, jurukamera baru perasan terdapat "bubble" di dalam gambar berikut.
Jika diperhatikan seolah2 terdapat tulisan kalimah Allah swt..
Persoalan didalam gambar ini dirujuk pada ustaz di sana .
Ustaz menceritakan kebarangkalian pada waktu itu malaikat turun dari langit..
Tetapi untuk tidak menujukkan wajah sebenar malaikat, ia hanya menunjukkan namanya sahaja.
So, kesimpulannya. .... setiap satu "bubble" itu mewakili satu nama malaikat.
Bayangkan lah betapa besarnya kuasa Allah swt......
Panjang2 kan lah email nie.....
Mungkin ada yang ingin sampaikan pada semua umat Nabi Muhammad saw pada ketika ini...
Wallahualam. ..


Adakah Akan Diturunkan Allah Seorang PM Rakyat Seperti Ini?


"Aku sangat tertarik dengan keperibadian Ahmadineneejad yang sering digambarkan hidup begitu sederhana. Ahmadineejad memang terkenal dengan kesederhanaannya. Antara bukti gaya hidup sederhana presiden Iran yang paling digerunii oleh kuasa Barat ini ialah:

1. Saat pertama kali menduduki pejabat presiden, Ahmadineejad menyumbangkan seluruh karpet pejabat presiden yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran, manakala karpet pejabat Presiden yang didudukinya digantikan dengan karpet biasa yang sangat sederhana.

2. Di banyak kesempatan beliau kelihatan begitu ramah dan mesra dengan semua petugas pejabat, termasuk pekerja kebersihan pejabat.

.
2

3. Langkah pertamanya sebagai presiden ialah mengisytiharkan hartanya yang terdiri dari sebuah kereta tua Peugeot 504 tahun 1977 dan sebuah rumah sederhana warisan ayahnya berusia 40 tahun yang lalu yang terletak di sebuah desa terpencil di Teheran. Baki akaun bank dalam simpanannya pula sangat kecil dan satu-satunya wang masuk adalah wang gaji bulanannya .

4. Gajinya sebagai tenaga akademik di sebuah universii tempatan hanya sekitair US$ 250.

5. Sehingga kini Ahmadineejad masih tinggal di rumahnya yang amat sederhana itu dan bukan di kediaman presiden.

6. Ahmadineejad tidak pernah mengambil wang gajinya sebagai presiden, alasannya ialah semua wang gajinya adalah milik negara dan dia bertugas untuk menjaga negaranya.

7. Satu hal yang membangkitkan rasa kagum kakitangan pejabat presiden adalah sebuah beg kecil yang sentiasa dibawa setiap hari Ahmadineejad ke pejabat yang berisikan sarapan pagi terdiri dari kepingan roti atau roti keju yang disiapkan sendiri oleh isterinya di rumah. Beliau dikatakan memakan makanan yang disediakan isterinya itu setiap hari dengan gembira dan mengenepikan kebiasaan menyediakan makanan khusus untuk presiden seperti sebelumnya.

3

8. Sebaik berkuasa, pesawat peribadi untuk presiden diubahnya menjadi pesawat kargo untuk berkhidmat kepada masyarakat dan untuk dirinya, ia meminta terbang hanya dengan pesawat biasa dengan kelas ekonomi.

9. Beliau boleh ditemui di pejabatnya tanpa temu janji dan protokol yang menyusahkan tetamunya.

10.Jika perlu menginap di hotel, Ahmadineejad hanya meminta disediakan bilik kecil kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.


4

11. Ketika waktu solat berjemaah, jika tiba lewat beliau tidak mahu diberi layanan istimewa, sebaliknya hanya berada di saf tengah atau belakang seperti jemaah lainnya.


5


12. Sebaik sahaja masuk waktu solat, Ahmadineejad terus menghentikan aktivitinya serta merta untuk mengerjakan solat biar di manapun beliau berada. Jika waktu solat tiba ketika beliau berada di atas jalan, beliau akan bersolat di atas jalan, asalkan ianya bersih.


6

13. Ahmadineejad juga tidak berkompromi dengan hukum dan larangan Allah. Beliau tidak mahu bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup hanya sekadar menundukan kepalanya kepada wanita sebagai rasa hormat.

7

Apakah suatu hari nanti Allah akan menurunkan kita seorang Perdana Menteri dan Ketua Negara yang segagah, sesederhana dan sentiasa berpegang teguh kepada perintah Allah seperti Ahmadineejad? Semoga PRU ke-13, ke-14 atau ke-15 nanti rakyat Malaysia dapat menyaksikan seorang PM yang seberani dan sesederhana Ahmadineejad memerintah satu Malaysia.

kOrG pErCayA x??



korg percaya x kalo aku ckp negara kte bakal dilanda TSUNAMI ke 2 nnti..
tp ni pon aku xsure..
sbb sume ni urusan ALLAH S.W.T
jd kte sbgai hambaNYA kne la sntiasa beringat n berwaspada
sbb kte xthu ajal maut kte ble akn dtang menjemput
dan sebagai umat islam kte kene lah percaya dengan qada' & qadar
aku tertarik dgn entry ini utk menyebarkan maklumat yg aku perolehi dlm internet
dr sumber yg diperolehi menyatakan bahawa diramalkan TSUNAMI ke2 pada 22 julai 2009
Malaysia (Sabah& Sarawak), Singapore,Maldives, Australia, Mauritius, Sri Lanka, India, Indonesia, Philloipines dijangka terjejas teruk!.
Dinasihatkan agar semua tidak berada di pantai sepanjang Julai.



jd marilah kte sama2 memanjatkan doa kepada yg maha berkuasa supaya negara kte terselamat dr ancaman tsunami ini.


kte sama2 la memohon ampun dan bertaubat kepadaNYA supaya bala yg diramalkan tidak terkena di muka bumi Malaysia ini.

marilah kte same2 renungkn sejenak significant berlakunya kejadian ini disebabkan kemurkaan ALLAH S.W.T kepada hambaNYA yang mengingkari perintah suruhan & larangan.

walaubagaimanapun yang lebih memilukan ialah insan yg tidak berdosa terpaksa menanggung kesan nya..

renung2kan n selamat beramal